Tuesday, December 8, 2009

8 disember 2009



siapa tahu hari ini hari apa?
hari ini hari selasa kan
bertarikh 8 disember 2009
bersamaan dengan 21 zulhijah 1340.

siapa tahu apa yang berlaku pada 20 tahun lepas?
pada hari yang sama
cuma tahun yang berbeza iaitu 1989

jeng jeng jeng
hari ini hari lahir
ASMAA' NOR WIRA
yang ke dua puluh tahun
dah tak remaja dah kamu
semoga anda sukses selalu
semoga kuat selalu
semoga happy selalu
semoga sihat selalu
~~~~~amin~~~~~



p/s- tahun 2009 semakin singkat..... tapi azam 2009 masih belum tercapai lagi ni. aduhai....

Saturday, December 5, 2009

disember datang lagi

gambar ini sekadar hiasan. tidak kena mengena antara yang hidup dan mati

bila disember datang, tandanya semua orang tengah bercuti semester di rumah. tak kisahlah berapa lama, asalkan dapat spend masa kat rumah juga.
cuti kali ini adalah cuti yang terpanjang buat aku kot
rasa-rasanyalah sebab tak salah aku, lepas ni, kalau semester break, seminggu atau dua minggu jer...... sangat pendekkan, tak puas hati betul


Friday, December 4, 2009

rindu tempat ini


tak ada kerja nak buat, jadi sebulat suara decide nak pergi sekolah
dengan alasan nak ambil sijil english 1119 yang dah tak laku dah
ikutkan tak nak ambil pun sijil tu sebab bukannya dapat A pun
tapi alang-alang nak pergi sekolah
ambil jer la
sambil menyelam minum air

fulamak, sekolah dah lain
tak sama macam tu
lebih cantik sedikit selepas dicat baru
dan ada beberapa perubahan yang dilakukan




blok C tu adalah bilik guru
blok D adalah makmal biologi



tempat yang selalu habiskan masa setiap petang dengan latihan netball



gelanggang bola tampar dan bola keranjang



motto yang masih tersemat di dalam fikiran



time sekolah dulu, tak ada pun taman-taman macam ni...




tempat yang selalu lepak waktu sekolah petang dulu




kali terakhir su jejakkan kaki disekolah ini adalah pada 2005 sebelum ke mrsm pasir salak




tak tahu pasal apa semua berkumpul kat sini




dewan perhimpunan dimana bacaan senyap akan diadakan setiap pagi
(dulu tak ada pun kipas tu)



kantin yang tak pernah berubah




board yang mempamerkan semua anugerah yang diterima sekolah




lawa pula permandangan selepas hujan




jalan raya depan ni mesti busy bila hari sekolah



rasanya, ni semua hasil tangan Encik Redzuan aka guru pendidikan seni visual



atas sana tu adalah bilik guru



hahaha.. aku ingat lagi tiang gol yang aku langgar waktu lawan dengan
sekolah raja perempuan, ipoh



kelas sewaktu tingkatan 2 dan tingkatan 4
(dulu warna lain, sekarang warna lain pula)



Friday, November 27, 2009

tak nak komen

selamat tinggal FALL 2009... semua dah lepas dan mungkin tidak akan diulang (harap-harap)... buat pertama kalinya, aku berasa tenang menjawab exam jika dibandingkan dengan exam-exam yang lain sebelum ini kecuali paper psychology gara-gara 30 minit sebelum paper, aku menerima panggilkan daripada Taylor's Accomodation bertanyakan apakah condition aku sekarang. ini menandakan yang MARA masih belum membayar sewa bilikku dan kemungkinan besar tuition fee juga belum dibayar. aku pun tak tahu bagaimana condition aku sekarang sebab aku dah malas, meyampah, penat, bengang, geram nak telefon MARA lagi. dan malas nak fikir pasal benda ni dah dengan harapan, segalanya akan selesai sebelum WINTER 2010... (entah sejak bila Malaysia ada 4 musim). fullstop. tak nak komen apa-apa dah. sekian.


p/s- buat kali kedua kena menghabiskan masa untuk university application. siapa rajin nak tolong aku?



Tuesday, November 24, 2009

mencari RAJIN dan menghalau MALAS

rajin ooo rajin... dimanakah kamu rajin? penat tunggu kamu tapi tak sampai-sampai juga ni. meh la sini rajin. emosah perlukan rajin sekarang ni. emosah nak jadi rajin gila-gila macam tingkatan 5 dulu. kalau dah mula buat kerja, tak kan berhenti sampailah rasa penat. rajin... ooo rajin... janganlah merajuk rajin. tak lama dah pun rajin. tinggal calculus, islamic studies dengan psychology je la. khamis nanti, kita baliklah Perak, sambut raya haji. ek rajin ek? janganlah pergi jauh-jauh. nanti susah emosah nak cari.

kau ni malas, tak reti ke nak pergi main jauh-jauh? nak juga kau kacau emosah. janganlah rapat dengan emosah sebab dia nak belajar tu. dia nak belajar untuk masa depan dia tu. tolonglah malas. kau pergilah jalan seorang diri dulu. nanti, hari jumaat, lepas pukul 12.30, emosah bawa malas pergi puduraya sekali. emosah nak bawa rajin pergi sekali gak. jadi sekarang, malas duduk dulu jauh-jauh tau. bila semua dah selesai, baru emosah panggil malas datang sini balik sebab sekarang ni, emosah nak kawan dengan rajin kejap.

okay rajin, jom, kita teruskan belajar. tinggalkan malas kat sini dulu. biarkan dia duduk sini dulu. kita tengok malas dari jauh jer. yer rajin yer. duduk dengan emosah tau. jangan pergi mana-mana.

p/s- sejak selesai paper accounting 1 semalam, aku sedikit mereng dan senget. macam ada mental disorder jer....

Sunday, November 22, 2009

terbang (part 1)

MARA kata boleh terbang Fall 2009 kalau Taylor benarkan

Taylor kata memang boleh sebab dah penah buat IB sebelum ni

Tapi, kalau tak cukup 60 credit hours macam mana?

Nanti Taylor cakap dengan MARA tapi kena pastikan CGPA 3.0 ke atas

Okay, tapi nak pergi Drake U boleh?

Ha... Kenapa ramai sangat nak pergi sana? Kerajaan tak bagi dah pergi sana sebab dah ramai

Ramai?

Yer... Yang baru pergi hari tu dah 11 orang pergi Drake.. cuba pergi U lain boleh, banyak lagi pilihan lain

Tapi, Drake U yang paling banyak bagi credit hours dari IB. Erm, Iowa U pula macam mana?

Erm, baru sorang yang pergi sana...

Tapi, ada 11 orang dari KMS di sana...

Kalau gitu, cari juga U lain.. MARA tak nak student berkumpul satu state jer.. nak penuhkan satu US...

jadi, mana nak pergi ni? LA? NY? California?

*akan bersambung.......



final


orang lain, kalau final exam dah dekat, mestilah tengah bertungkus lumus study kan. membaca apa yang patut supaya time exam nanti, boleh jawab. aku? aku? apa yang aku buat? habis je kelas terakhir hari khamis lepas, aku terus melangkah ke puduraya, pulang ke Perak. puas gila hati aku bila aku dah jejak kaki kat sana. dan seperti biasa, aku angkut semua buku yang aku rasa aku nak pakai time kat rumah. tapi, apa yang jadi akhirnya? aku macam pulang untuk bersuka ria. puas ibu suruh aku study tapi aku kata nantilah along study.

nak atau tak nak, aku kena gak balik Perak tiap-tiap minggu. kalau aku tak balik, hati aku tak tenteram. sebab aku tak tahu apa yang tengah berlaku kat rumah. jumaat ari tu, ibu pergi hospital, jumpa dengan doktor. aku nak ikut mula-mula tapi ibu minta pergi sekolah adik, tandatangan report kad dia. jadi, terpaksalah aku pergi sekolah dia tu. fuh... ibu sambung cuti lagi sampai Februari tahun depan. dan ini adalah cuti terakhir. lepas ni, ibu kena kerja balik or terus pencen. dan, ibu pun cakap, ayah pun nak pencen gak tahun depan. erm, bila dengar pasal ni, aku runsing sebenarnya. aku tak tahu apa yang aku fikirkan sebenarnya sebab aku tak tahu apa yang akan jadi pada masa akan datang.

kalau kita tengok orang tu dari luar, kita tak akan nampak apa yang tersirat di dalam orang tu. adakah dia gembira, dia sedih, dia kecewa or dia sedang terluka. yang tahu adalah empunya diri. kadang-kadang, kita rapat dengan orang itu, tapi sebenarnya, banyak perkara yang kita tak tahu pasal dirinya. kan? kan?

memang puas gila aku balik perak minggu ni. makan buah dokong fresh dari pokok. makan rambutan yang tengah masak ranum, merah ada, kuning pun ada. makan buah durian sampai tak terkira. makan buah manggis yang manis gila. fulamak. tetiba aku boleh makan banyak gila buah. padahal, aku bukan suka sangat makan. tapi sebab ibu duk asyik makan, aku pun join je la.

p/s- fikiran aku tengah runsing, banyak benda aku tengah fikirkan, yang tiada kaitan langsung dengan final exam, tapi aku mesti kena fikirkan sebab ni bukan melibatkan diri aku jer, tapi orang-orang terdekat dan tersayang, tak kan nak jadi selfish pulak kan. berat kan jadi anak sulung ni???