semester ini secara rasminya memiliki 4 biji kalkulator. 2 biji casio, 2 biji texas instrument. setiap kalkulator punya peranan masing-masing. tapi tak tahulah sama ada dengan memiliki 4 kalkulator ini boleh membantu dalam urusan akademik. kalau ada kalkulator banyak-banyak pun, kalau tak boleh nak tolong selesaikan assignment yang diberipun tak guna juga.
semester ini juga dapat 2 orang instructor lelaki dan 2 orang instructor wanita. seorang dari India, dua orang dari China dan seorang lagi dari Amerika. nampak tak macam mana orang China berkuasa di department Statistics di University of Iowa. betapa hebatnya mereka sampai boleh jadi tenaga pengajar kat Amerika ni. yang dari India tu pun tak kurang hebatnya sebab antara orang berjawatan tinggi di bawah department Actuarial Science. agak-agak nanti, ada tak yang berkuasa di kalangan mereka asal dari Malaysia untuk beberapa tahun akan datang? tiba-tiba terasa bersemangat nak jadi antara yang hebat di antara mereka.
antara keempat-empat instructor tu, paling menarik adalah kisah si Erning Li, instructor untuk subjek Applied Linear Regressin (22S:152). dia sebenarnya seorang pemegang degree dalam jurusan elektric and electrical engineering tapi sebab satu hari dia terinvolve dengan kerja-kerja statistics, terus dia jatuh hati pada statistics dan terus sambung master dan phd dalam jurusan statistics. yang buat lagi impress dengan dia apabila dia terpilih jadi tenaga pengajar di A&M Austin University, Texas. itu universiti memang sangat grand okay. nak masuk situ TOEFL kena 100. memang yang hebat je layak masuk situ. aku yang tak hebat, pilih je la masuk UI ni. sekurang-kurangnya UI ni tempat paling terbaik buat actuarial science kat US. dapat jugalah sedapkan hati.
instructor Mathematical Statistics I (22S:153) punya cerita menarik juga. sewaktu dia sedang belajar di universiti dulu, dia selalu guna buku rujukan yang ditulis oleh founder department Statistics di UI. tak lain tak bukan adalah si Hogg. sampai dia tak sangka daripada selalu je rujuk kat buku tu, sekarang dia dah jadi antara kawan sekerja dengan Hogg.
dan aku ni, ikut je la apa yang patut dilakukan sekarang. makin hari makin minat pada statistics tapi pada masa yang sama actuarial science masih jadi keutamaan. semua itu cita-cita je kan. kerja kuat dan azam yang jitu je yang dapat tentukan segalanya. doa juga jangan dilupakan. semester ini adalah lebih tough daripada semester-semester sebelum ini. mungkin usaha lebih diperlukan dan sedikit effort perlu diletakkan lebih daripada biasa. hari kedua berlalu dengan lancar. persoalan semalam telah terjawab. rasa lega sedikit.

Auckland Time
Ipoh Time
Bangalore Time
Prague Time
Newcastle Upon Tyne Time
Iowa City Time
0 comments:
Post a Comment