aku suka memasak. mula masak sejak darjah 4. itu pun ikut resepi yang ibu tinggalkan. kena masak sebab ibu pergi kursus, jauh dari taiping. mula dari situ, berjinak-jinak ke dapur. masa masih muda remaja, kalau ibu ada buat kerja kat dapur, mesti nak tolong. dalam pada masa yang sama, jeling-jeling juga apa yang ibu lakukan. dari situlah aku belajar cara nak masak macam-macam lauk. secara tak langsung, begitulah caranya aku belajar masak makanan melayu.
bila tiap kali bulan ramadhan, dua minggu sebelum raya, akan tolong ibu buat kuih raya dan kek di dapur. memang dah jadi macam pembantu tetap ibu untuk menyiapkan segala kuih raya. kuih raya yang dibuat setiap tahun adalah sangat banyak. setiap jenis kuih, ibu akan bahagi kepada 3 buah balang. satu balang untuk rumah, satu balang untuk bawa balik ke kampung dan satu balang lagi adalah simpanan untuk diberikan kepada saudara mara. namun, walaupun setiap tahun bantu ibu buat kuih raya, sampai sekarang tak ada bakat nak buat kuih raya. hanya mampu tolong ibu bentukkan kuih, bakar dan susun di dalam bekas. kalau nak harapkan aku bancuh, memang acuan tidak akan menjadi.
namun, bila dah sampai di Iowa, minat untuk buat benda-benda bakery ni macam datang dengan tiba-tiba. tambah rasa seronok nak buat dengan adanya kehadiran Pikah yang baru sahaja sampai August 2011. tengok dia rajin sangat buat muffin, cupcakes, cakes dan cookies buat aku rasa nak buat juga. sebab itu, hobi aku sekarang adalah melihat resepi-resepi menarik di internet dan cuba hasilkan sesuatu yang sama. aku tak suka nak guna tepung yang sudah sedia yang dijual di walmart. tepung yang hanya perlu tambah minyak, susu dan telur. rasa tak mencabar sangat. sebab itu, suka cari resepi, pergi beli barang-barang yang diperlukan dan cuba yang terbaik untuk hasilkan kek yang paling okay.
blueberry cheesecake
chocolate moist cake
hasilnya, cuti winter ni berjaya hasilkan dua biji kek. ikutkan mahu hasilkan tiga biji kek tapi kemalasan pula datang secara tiba-tiba tanpa diundang. kedua-dua resepi kek ini aku ambil dari tiffinbiru, website resepi kegemaran aku. setiap sukatan aku ikut dan segala barang yang digunakan aku cuba dapatkan. rasanya mungkin tak sedap sangat sebab aku tak suka sangat manis. tambahan pula, gula di US ni tak semanis gula di Malaysia. jadi, kek yang dihasilkan adalah kurang manis.
untuk cheesecake, memang gian sangat nak makan. tengah-tengah roadtrip boleh pula terfikir nak makan cheesecake sangat-sangat. sebab itu sampai je Iowa City terus ke Walmart untuk beli segala keperluan. untuk chocolate moist cake, aku buat sebab ibu suka buat coklat kek. resepi ini memang tak sama langsung dengan ibu sebab ibu punya kek lebih kering dan lebih terasa coklatnya. tapi ini je resepi termudah yang dapat. atas bantuan si Hana, terjadilah corak cantik atas kek tu. icing kat atas sedikit pahit sebab guna unsweetened chocolate yang dah setahun dalam almari dapur tu.
esok dah mula sekolah. entah bila lagi dapat buat kek. tapi tadi dah beli satu instant kek perasa apple caramel. si Pikah pernah sediakan kek ini sebagai bekalan semasa main ski tempoh hari. aku seorang diri habiskan kek yang diberi dalam kereta sebab kek ni sedap sangat. mungkin weekend ini akan terjadinya kek ketiga dari aku. ikutkan aku bukan sangat suka makan kek tapi suka tengok orang lain seronok makan kek yang aku buat. :)



Auckland Time
Ipoh Time
Bangalore Time
Prague Time
Newcastle Upon Tyne Time
Iowa City Time
0 comments:
Post a Comment