jauh perjalanan

Daisypath Vacation tickers

Wednesday, January 25, 2012

menangis dan meraung


cuak. takut. gementar.

masuk kelas 22S:131 (Intro to Math Stat II), rasa macam nak duduk je atas lantai, hentak-hentak kaki sambil menangis. menangis sekuat yang mampu dan boleh. sebab itu sahaja yang dapat dilakukan kerana tak faham langsung apa yang diajar. tak tahulah sama ada diri ini yang sukar untuk menerima apa yang sedang dibicarakan dihadapan atau memang cara yang dia gunakan untuk mengajar TIDAK berkesan.

masuk kelas 22S:179 (Mathematics in Finance), cuba sedaya upaya untuk memberikan tumpuan dan kerjasama. mahu faham dengan segala apa yang professor bicarakan di hadapan. namun, kefahaman itu dapat dicapai cumanya cuak dan takut apabila ditanya mengenai subjek Calculus III yang sudah dua tahun ku tinggalkan. alasan yang digunakan adalah Calculus adalah basic untuk subjek ini dan seharusnya semua mahir mengenainya. dah kena psycho macam tu, hanya mampu meraung sekuat hati. kalau boleh, mahu satu Iowa City mendengar raunganku ini.

0 comments:

:)

 

Blog Template by YummyLolly.com : PS Brushes by Obsidian Dawn