jauh perjalanan

Daisypath Vacation tickers

Sunday, January 22, 2012

perlunya istikarah


masih belum dapat membuat keputusan yang terbaik. masih sedang berada di antara dua simpang, sama ada ke kiri ataupun ke kanan. masih buntu memikirkan kebaikan dan keburukan bagi setiap jalan yang berada di sebelah kiri dan sebelah kanan. 

setiap hari, keputusan yang dilakukan berubah-ubah. lantas merasakan yang istikarah itu perlu dilaksanakan. yang pasti, istikarah itu akan terjawab dengan pelbagai cara. cara yang paling mudah adalah dengan bermimpi. memang sehari hari akan mimpi benda yang tidak sama. cumanya, sejak akhir-akhir ini sering kali mimpi mengenai ******. mula-mula tak sedar adakah ini ada kaitan dengan istikarah yang dilakukan memandangkan kerana memang tiada langsung kaitan dengan kesusahan untuk buat keputusan sekarang. 

namun, mungkin disebalik mimpi yang selalu dialami ini, ada benda yang tersirat yang mahu ditunjukkan tapi memerlukan pemikiran yang lebih tajam. sampailah tadi sewaktu bersembang dengan teman sebilik. berbincang mengenai apakah yang bakal berlaku pada hujung tahun ini kerana ini ada kaitannya dengan keputusan yang dibuat. sampailah tercakap pasal mimpi. tercerita yang sering sangat mimpi pasal ******. dan terkeluar ayat ini "macam petunjuk suruh balik je, suruh kahwin kot, tak payah nak pikir masalah". dan reaksi teman sebilik, hanya ketewa terbahak-bahak. 

ketahuilah, ****** yang dimaksudkan adalah......... tut...... rahsia. tapi memang kalau korang alami apa yang aku rasa, mungkin korang akan cakap dah sampai seru kot. aish.. benda ni bukan main-main. melibatkan wang ringgit dan harta benda dan juga maruah diri ni. BUNTU. perlunya istikarah lagi.

2 comments:

Laili Harlina Khairuddin said...

Aish,,bunyi mcm dirisik kumbang je :P

Smga allah tunjukkan jln terbaik,inshaallh :)

NHAR said...

xda kaitan dengan kumbang pun. ni masalah jauh lagi besar drpd masalah kumbang kot. tersilap buat keputusan, akan merana. :)

:)

 

Blog Template by YummyLolly.com : PS Brushes by Obsidian Dawn