hati terasa sudah jatuh cinta tatkala melihat keindahan bandar New Orleans yang terletak di Louisiana. bandar yang sangat cantik dan indah seperti bandar di Perancis. sekali pandang boleh dianggap bandar ini seperti Taiping juga kerana dipenuhi dengan pokok-pokok yang ditanam seperti di Taman Tasik Taiping. sebab itulah, saat mata memandang akan bandar ini, hati dan minda tetiba teringat pada kampung halaman.
sekitar bandar New Orleans, Louisiana
bandar ini sungguh menenangkan. dengan suhu yang ala-ala macam Malaysia, buat hati lagi rindu sama negara tercinta. bandar yang tak sibuk dan bandar yang penuh dengan golongan tua yang mungkin suka tinggal dan hidup di kawasan yang tenang ini. namun, di sebalik keindahan bandar ini. ketahuilah yang kos hidup di sini sedikit tinggi daripada tempat-tempat lain yang pernah dilawati. mungkin kerana menjadi tumpuan pelancong, langsung tax juga sedikit tinggi.
WWII Museum
antara tarikan lain yang terdapat di bandar ini adalah terletaknya WWII Museum. di sini menempatkan beberapa khazanah yang digunakan semasa WWII dan juga disediakan 4D show yang menyajikan tayangan mengenai disebalik perkara-perkara yang dilakukan semasa WWII. tayangan ini sungguh superb dan marvellous. memang menggunakan sepenuhnya dewan itu dengan sebaik-baiknya. tak tahu nak describe bagaimana sebab sangat kagum dengan tayangan yang ditunjukkan. disebabkan itu, dewan penuh dan yang penting penuh dengan golongan-golongan emas yang mungkin pernah hidup sewaktu WWII dahulu.
bergambar sebelum masuk ke bilik tayangan
selepas 45 minit melihat tayangan, jalan-jalan sebentar di keliling bandar. mahu melihat apakah lagi keindahan yang terdapat di sini.terjumpa satu bangunan lawa yang klasik terletak di tengah-tengah bandar. rupa-rupanya itu adalah library. sekali tengok ada iras-iras macam old red museum di Dallas tapi yang ini bangunannya lebih kecil. selepas itu, terjumpa satu tempat yang menempatkan satu patung. tak ingat pula apa nama patung itu. berusaha untuk panjat keatas kerana mahu melihat bandar ini dari pandangan atas. dah sampai tempat tertinggi, macam biasalah, akan rasa gayat sedikit. sangat indah ini bandar. tapi rasanya, sesuai untuk didiami oleh golongan emas kerana tak sesuai untuk golongan muda yang sukakan hiburan.
bergambar sebelum beredar dari New Orleans, Louisiana
seterusnya, perjalanan ke Mobile, Alabama. ambil masa selama 2 jam 20 minit memandu. dah kepenatan bersuka ria di New Orleans, masuk kereta memang terus terlelap. bila dah sampai di Sweet Home Alabama, baru terjaga. oh tidak. Alabama negeri yang sesak. all the time penuh dengan kereta dan jalannya banyak simpang siur sehingga menggelirukan. terlepas simpang 2 3 kali juga dan terpaksa buat beberapa U-turn sebelum tiba di tempat yang ingin pergi. kali ini, singgah di kawasan yang menempatkan Kapal Perang besar punya. nama tempat ini tak ingat sangat. tapi itu tak penting, yang penting kat sini ada Kapal Perang besar punya.
kapal perang besar punya di Mobile, Alabama
mula-mula semangat nak masuk kedalam walaupun tempat ini bakal ditutup kurang dari 2 jam. tapi niat terbantut gara-gara tiketnya mahal nak mampus. menghampiri $30 untuk satu kepala. jadi, keluarlah dari kaunter dengan muka yang kecewa. lantas kekecewaan itu terubat dengan mengambil gambar dari luar. disebabkan lokasi ini terletak berhampiran dengan laut, angin sepoi-sepoi bahasa menyapa muka kami. sangat masyuk kena sapaan angin yang lalu lalang.
gambar berlima wajib diambil di setiap lokasi
bergambar dengan teman serumah dan sebilik pula
sakan berposing bersama dengan kapal perang, kapal terbang perang dan kereta kebal tanpa menyedari hari sudah gelap. rasanya masa 2 jam dihabiskan hanya sekadar untuk mengambil gambar. layan je la. sebelum perjalanan diteruskan ke Tallahassee, Florida, perut di isi dengan sedikit makanan kerana perjalanan ini memakan masa 3 jam dan 50 minit. tapi 4 jam lebih juga baru tiba di lokasi umah Abang Faedzal dan Kak Shalini. mereka sangat sporting dan ramah. layan kami berlima macam adik sendiri dan macam-macam cerita dikongsi bersama. mana tak nya, kami adalah tetamu pertama dan terakhir dari Malaysia yang singgah dan bermalam di rumahnya. dia baru sahaja tamat pengajian masternya di Florida State University dalam jurusan sport management. ambil masa selama 16 bulan sahaja untuk menghabiskan master. awesome bukan......
bersambung...








Auckland Time
Ipoh Time
Bangalore Time
Prague Time
Newcastle Upon Tyne Time
Iowa City Time
0 comments:
Post a Comment