December 22, 2011
menghabiskan tiket city pass yang dibeli semalam. masih ada 3 lagi tempat belum dilawati. namun, hanya memilih untuk ke Houston Zoo sahaja memandangkan kesuntukan masa dan dua lagi tempat yang lain kurang menarik. iyerlah, siapa je yang minat lukisan dan seni. kalau setakat aku je yang layan, tak best juga masuk Fine Art Museum seorang diri. nanti duk hayati keindahan gambar seorang jer. forever alone.
eksited nak masuk Houston Zoo
apa yang menarik pasal Houston Zoo ni? sama je macam zoo kat Malaysia cuma zoo ini tak ada bau tak elok langsung. persekitaran yang sangat bersih dan teratur. cuma ada juga semak-semak yang tak dijaga tapi masih lagi elok mata memandang.yang paling best terjumpa pokok pisang kat berdekatan dengan taman burung. rasa nak ambil je bawa balik sepokok tanam di iowa city. tapi nak sumbat kot mana entah. bonet kereta dah penuh pun. terbantutla niat asal tu.
binatang-binatang di Houston Zoo
binatang di zoo ini lebih banyak daripada di Zoo Taiping. ada juga beberapa spesies binatang yang tak pernah tengok langsung seperti...... erk.. tak ingatlah pula. tapi biasalah, masuk zoo. mula-mula je seronok. lepas dah lama-lama tu jadi bosan sebab zoo ini besar sangat. ulang alik ke sana ke mari demi mengejar show yang sedang dijalankan. sedang sibuk terkejar-kejar, terjumpalah kandang harimau malaya. mestilah teruja kan. tapi kasihan tengok 2 ekor harimau malaya ni. sebab kurus sangat. selera tak ikut selera mat salih kot. mesti nak selera asia juga kan.
posing di Houston Zoo
di zoo entrance tadi, menerima coupon diskaun $1 untuk menonton Polar Express 4D di Africa Park. tonton 4D kot, siapa yang tak nak. inilah 4D pertama yang ditonton untuk trip ini. effect yang digunakan sangat superb kot. sangat puas hati walaupun hanya selama 15 minit. bila dah rasa puas hati tawaf satu Houston Zoo, mula meninggalkan bandar Houston dan juga akan meninggalkan Texas. perjalanan diteruskan ke New Orleans, Louisiana, dimana perjalanan memakan masa lebih kurang 5 jam setengah.
inilah tempat kejadian berlakunya peristiwa di kejar anjing
untuk ke Louisiana, kena melalui Mississippi sekejap.sempatlah singgah sebentar di information center konon-kononnya nak solat dahulu sebelum meneruskan perjalanan. tapi, sebaliknya berlaku. tandas tutup dan ramai yang macam kecewa. jadi, dah tak ada keje sangat nak buat, bergerak ke tasik yang berhampiran. sangat lawa itu tasik, jadi apa lagi, si Irfan bawa keluarlah kamera dan tripodnya. sambil-sambil itu, cuba mengawasi kawasan berhampiran sebab manalah tahu kalau-kalau ada mat salih bawa anjingnya bersama. dan memang tepat tekaan kami kali ini. terjadilah satu peristiwa dalam sejarah. sangat-sangat lawak sehinggakan akan ketawa terbahak-bahak kalau terkenangkan peristiwa ini. aksi dan kejadian dikejar anjing ini tidak akan dilupakan. bila dah kena kejar anjing, memang lari macam tak cukup tanah. tak sempat nak rekodkan peristiwa berkenaan dengan handycam tapi dah direkodkan dalam minda dan ingatan. :) tapi tak boleh nak bagitahu siapa yang kena kejar anjing. nanti malu pula dia kan.
singgah solat di Mississippi
tukar pemandu. giliran aku pula drive setelah 2 hari rehat dari memandu. sambil-sambil drive tu, ditugaskan mencari tempat sesuai untuk solat. tapi kena singgah dahulu stesen minyak untuk mengambil wuduk. alhamdullilah, jumpa satu tempat lapang untuk solat sebentar. tak ada orang langsung. lagilah senang dan hati terbuka nak solat kan. dalam kesusahan yang ditempuhi hari itu, Allah bagi kesenangan juga. syukur.
pertama kali masak sepanjang trip berlangsung
bila dah menghampiri Louisiana, berhenti sebentar di Louisiana Information Center. perut dah minta diisi memandangkan dari pagi belum makan makanan berat. hanya telan beberapa keping roti bersama jem dan peanut butter. kalau kat iowa city, memang dah kebulur habislah sebab sejuk. sejuk ni cepat sangat lapar. nasib baik menghampiri tempat panas. lapar pun masih dapat tahan. cuma dah jadi driver, tak boleh nak makan sangat. nanti senang mengantuk. jadi yang jadi mangsa, penumpang di belakang. kalau lapar pun, tapi driver tak berhenti untuk makan, apa dorang boleh buat. sorry yer, bukan nak dera perut hangpa empat orang tapi dah tak rasa lapar sangat. pemanduan harus diteruskan.
sampai di sini, bawa keluar semua peralatan memasak yang dibawa. heater, rice cooker dan dapur telah memberikan perkhidmatan terbaik untuk hari ini. 2 tin sardin telah dimasak dan 2 cawan nasi telah ditanak serta satu cerek air telah di masak. namun macam biasalah, kalau tunggu makanan di masak, akan terasa lama. punyalah banyak kali buka rice cooker nak tengok dah masak ke belum. padahal, kalau dah masak, ia akan berbunyi. kebulur punya pasal. tunggu punya tunggu, selamatlah perut semua orang. sebelum meneruskan perjalanan, solat mahgrib dan isyak terlebih dulu. nanti dah sampai Motel 6, boleh terus tidur.
bersambung.......







Auckland Time
Ipoh Time
Bangalore Time
Prague Time
Newcastle Upon Tyne Time
Iowa City Time
0 comments:
Post a Comment