jauh perjalanan

Daisypath Vacation tickers

Sunday, January 8, 2012

Winter Roadtrip 2011 - Jaulah 17 negeri


US kan besar. tak tahu pula berapa kali ganda besar dari Malaysia. yang aku tahu, US ada 50 negeri. sebab itu, kalau dapat pergi semua negeri kat US pun dah rasa puas hati kot. okaylah. sebenarnya saja nak sedapkan hati sebab cemburu tengok budak-budak kat UK, Ireland dan Europe. study kat tiga buah negara tu macam untung kot sebab dapat pergi jalan-jalan kat negara lain. jalan-jalan naik train pula tu. senang kata, memang jealous pun tengok dorang. jadi, ala-ala nak mengubat rasa cemburu membuak-buak dalam hati, lalu bertekad nak cover semua negeri kat dalam US ni. dan tengah-tengah bertekadlah, dapat tawaran yang sangat tak boleh ditolak kot. mungkin kalau Nina dan Farah baca ni mesti dorang terasa, aku minta maaf awal-awal tau. tak per weh, summer nanti kita jalan-jalan pergi area-area kat New York pula. maafkanlah kawanmu ini sebab tak dapat nak pergi Las Vegas sama-sama.

fuhhhhh... tengok proposal yang diberikan memang juling mata aku baca. tapi main state untuk trip kali ini adalah florida. seminggu di florida, seminggu perjalanan pergi ke florida dan seminggu lagi perjalanan pulang dari florida. kiranya roadtrip ini bakal memakan masa selama 3 minggu. bila fikir-fikir balik, memang pakai banyak wang untuk trip kali ini. fikir banyak kali jugalah nak pergi atau tidak. bila dah hitung-hitung kembali, rasanya duit dalam simpanan adalah mencukupi. jadi tanpa tunggu lama-lama lagi, terus kata YES. 

nampak tak peta kat atas itu? itulah tempat-tempat yang ingin ditujui. semuanya 17 negeri. part paling menarik adalah ke Key West, iaitu tempat paling selatan di US. terasa cuak nak pergi juga sebab kiri kanan adalah laut. bila sebut pasal laut, mesti akan terlintas pasal tsunami kan. okay, sangat cuak tetapi sangat teruja nak pergi sebab nak tengok tempat tu macam mana.

secara keseluruhannya, 75% daripada rancangan asal berjaya diikuti. namun, 15% terpaksa dilupakan gara-gara masalah kewangan yang tidak mengizinkan juga dan keadaan para pemandu yang keletihan bangat. memanglah drive highway kat US senang tetapi keselamatan juga harus diutamakan. daripada 17 negeri yang ingin pergi, 4 terpaksa dilupakan iaitu South Carolina, North Carolina, West Virginia, dan Kentucky. jadi yang tinggal adalah Iowa, Nebraska, Kansas, Texas, Mississippi, Tennessee, Missouri, Alabama, Georgia, Arkansas, Louisiana, Florida, dan Oklahoma. dan kalau tak silap, ada termasuk Illinois sekejap. :)

fuhhhhh.... bila kira-kira balik, perjalanan 5000 batu telah dilalui. macam tak percaya je kan. trip kali ini lebih kurang macam perjalanan dari Kuala Lumpur ke New Delhi, India. memang sangat panjang bukan. kalau nak cerita apa yang berlaku sepanjang jaulah 13 negeri ini, kena tulis satu novel baru best kot. kena masukkan watak-watak yang menarik, barulah seronok nak baca kot kan. erm, tengoklah kalau rajin nak buat novel, buatlah kot kan. 

p/s - negeri-negeri yang berbaki lagi tu entah bilalah dapat pergi kan....

2 comments:

Ainina Rosman said...

ahh kau.. aku dah plan nak pergi NY spring break nantiii

NHAR said...

Cuti spring break aku terpaksa dibekukan kot weh...

:)

 

Blog Template by YummyLolly.com : PS Brushes by Obsidian Dawn