jauh perjalanan

Daisypath Vacation tickers

Thursday, January 12, 2012

Winter Roadtrip 2011 : Pengembaraan bermula


December 17, 2011

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu tiba. Pagi-pagi lagi aku sudah mula mengemas. Memang jenis suka mengemas awal-awal sebab tidak mahu tertinggal apa-apa. Iyerlah, 3 minggu trip kot. Kena pastikan semua kelengkapan dibawa. Cerek elektrik, rice cooker, iron semua peralatan di angkut sebab nak jimat duit sepanjang roadtrip ini. memang dapat merasakan belanja banyak akan dikeluarkan. jadi jalan penyelesaian adalah jimat pada makanan. Singgah sekejap di rumah Aqilah untuk meminjam khemah dan lampu suluh. Manalah tahu kot-kot tak ada tempat tidur bolehlah bercamping kat mana-mana. Lebih kurang jam 3.30 petang, Helmi tiba dari Ames untuk menjemput kami bertiga di Iowa City. Perjalanan dari Ames ke Iowa City memakan masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Kira macam perjalanan dari Taiping ke Tanjung Malim jer. Bila drebar dah rehat sebentar, bergeraklah kami ke Lincoln pada jam 5.30 petang. Tapi sebelum itu singgah sebentar di rumah Kak Shida untuk meminjam dapur. Bertambahlah barang dalam bonet kereta. Tapi macam yang aku cakapkan, biar bawa semua barang supaya tak menghadapi kesukaran nanti sebab kita tak tahu apa yang bakal berlaku di kemudiaan hari.



seperti biasalah, kerja memuatkan barang ke dalam bonet kereta adalah kerja orang perempuan 

Apabila semua sudah siap sedia, bergeraklah kami berempat ke Lincoln yang mana perjalanan memakan masa lebih kurang 4 jam 30 minit. Lincoln terletak di Nebraska iaitu negeri sebelah Iowa. akan bermalam di situ sebelum meneruskan perjalanan ke Kansas. tiba di rumah Irfan lebih kurang jam 10 malam. sebelum itu, driver berhenti sebentar di Modern Rest Area sebab nak mencari kesegaran. al-maklumlah, belum tambah lagi additional driver. jadi, tak berani pula aku nak drive kan.

 
 tak ada keje nak buat kat Modern Rest Area, inilah hasilnya. eksited tengok lampu colourful

sampai di rumah Irfan, dia telah hidangkan bihun sup. memang dah order siap-siap dah sebelum sampai Lincoln. tersenyum sampai ke telinga bila tuan rumah dah hidang makanan. mana tak nya, selalu aku dinner jam 6 atau 7 petang tapi hari itu dinner jam 10 malam pula. ternyata sedap juga bihun sup si Irfan ni. makan ala kadar je sebab dah malam. konon tak eloklah makan kenyang-kenyang sebelum tidur. tapi lain pulanya yang terjadi. malam itu tumpang tidur di rumah Fatin. ingatkan nak tumpang tidur je tapi sekali dia hidangkan nasi ayam. fulamak, dapat 2 kali rezeki malam itu. ingat tak nak kenyang sebelum tidur tapi tewas juga sebab ada makanan sedap depan mata. layan je lah. sedap gila. dan akhirnya, tidur dengan perut yang penuh juga malam tu.

December 18, 2011

bangun awal hari ini. jam 6.30 pagi dah bangun. solat subuh dulu barulah mandi. sejuk tak sejuk, bedal je sebab tak suka nak mandi air panas. sebab pernah dengar orang cakap mandi air panas ni bukannya elok untuk badan. tapi tak faham kenapa bayi yang baru lahir dan ibu yang baru bersalin kena mandi dengan air panas padahal cakap air panas tak elok. sabar je la. lain orang lain cara. janji mahu keluar dari rumah jam 9 pagi. tapi faham-fahamlah, janji orang Melayu. mana penah on time kan. hehe. tapi tak mengapa. hari pertama kot, biar lambat asalkan selamat. pagi itu dah isi perut sedikit di rumah Fatin. jamah roti bakar sekeping dengan jem dan semangkuk cereal. eh eh, tu jamah sedikit ker? bantai je la sebab biasalah sindrom aku bila nak datang bulan, mood makan tinggi sikit. sebelum bertolak ke Kansas, singgah makan sarapan nasi lemak di rumah Abang Zaki dan Kak Nadiah. Abang Zaki ni phd student kat University Nebraska - Lincoln tapi aku tak pasti pula kos apa yang dia amik. dorang ada dua orang anak. satu laki, satu perempuan. yang laki nama Syakil, yang perempuan nama Saffiyah. dua-dua comel sampai geram tengok.

 di rumah Abang Zaki dan Kak Nadiah

fulamak, kalau kat oversea, tak kan ada orang yang tolak offer kalau orang ajak makan nasi lemak okay. sebab mana nak cari mak cik jual nasi lemak kat hujung simpang macam kat Malaysia tu. makanlah aku buat kali kedua pagi itu. tak kisah kenyang pun sebab hari ini tak drive lagi. jadi boleh tidur je dalam kereta bila mengantukkan. bila dah kenyang perut, bergeraklah kami ke Walmart dan Oriental Market untuk membeli sedikit stok makanan untuk sepanjang perjalanan. makanan yang senang untuk disediakan dan dimakan seperti roti, jem, sardine, maggi, tuna helper dan tuna helper. tak kisah la sedap ke tak janji jimat dan perut kenyang. bila semua urusan di Lincoln selesai, bergeraklah kami ke destinasi seterusnya iaitu Mahanttan, Kansas untuk bertemu sama Abang Nik dan isterinya.

kat Walmart dan Oriental Market
bersambung.....

0 comments:

:)

 

Blog Template by YummyLolly.com : PS Brushes by Obsidian Dawn