December 19, 2011
Pagi ini bangun yang paling awal lagi. Saja suka siap awal supaya nanti tak kelam kabut. Pagi itu. hujan sudah turun sejak malam lagi. memang lena tidur sampaikan susah nak bangun. tapi paksaan diperlukan andai kata badan tiba-tiba mahu bermanja dengan diri. apabila semuanya sudah bersedia, bergeraklah kami dari Wichita, Kansas ke Oklahoma City, Oklahoma. sejak hari pertama roadtrip lagi, si Irfan sering meminta untuk ke Hertz untuk tukar kereta lain. ikutkan, Sonata, Hyundai ini dah cukup baik cuma kerusi belakangnya yang kurang selesa sebab ada lekuk keras dan bonetnya yang ada besi di dalam menyukarkan proses untuk menyimpan barang di bahagian tepi.
Nak dijadikan cerita, sedang masing-masing sibuk bersembang di dalam kereta, tiba-tiba tayar belakang sebelah kanan telah terlanggar sesuatu dan mengakibatkan bunyi pelik kedengaran. lalu driver memberhentikan kereta di tepi jalan bagi melihat apakah yang sedang berlaku. namun, tayar kereta nampak biasa-biasa saja dan meneruskan perjalanan. namun, tak sampai 100 meter bergerak, skrin di hadapan menunjukkan tayar itu low pressure. dalam keadaan cemas, driver sekali lagi memberhentikan kereta untuk melihat apa yang sedang berlaku. rupa-rupanya, tayar sudah kempis dan semua menjadi gelisah kerana tidak tahu apa yang patut dilakukan. dengan keadaan yang sedang hujan, terpaksalah kami berlima duduk di bawah hujan, di tepi highway selama lebih kurang sejam lebih. pengalaman yang memang tak pernah terlintas akan mengalaminya.
Helmi menelefon pihak Hertz untuk mendapatkan bantuan. Hertz menghantar mekanik untuk tukar tayar yang meletup itu dan kami dikehendaki menuju ke pusar Hertz yang berdekatan untuk menukar kereta. jadi, keinginan si Irfan itu Allah telah tunaikan tetapi dengan cara yang memang mencemaskan. satu perkara menarik kalau sewa kereta di US ini adalah kita boleh tukar kereata di mana-mana cawangan yang ada. jadi, kalau apa-apa berlaku pada kereta, jangan mengelabah sangat. Hertz kan ada.
sementara bantuan tiba, tak lain tak bukan bergambarlah kami berlima di tepi highway. dalam keadaan cuak dan gementar, sempat lagi bermain di bawah hujan sampai bergambar. sila jangan contoh apa yang telah kitaorang lakukan sebab memang bahaya. tiap kali kalau ada lori besar lalu, memang terasa gegarannya. terasa takut yang amat sebab manalah tahu kalau-kalau pemandu lori langgar kereta kitaorang. fuhhhh... nasib baik selamat.
posing tepi highway
setelah mekanik menukarkan tayar kereta, carilah kami pusat Hertz yang berdekatan. cari punya cari, rupanya Hertz tu terletak berhampiran dengan lapangan terbang. naik juling mata tengok kereta banyak-banyak macam kereta mainan jer. lepas selesai segara urusan, dapatlah kereta yang baru. dalam keadaan hujan yang masih berterusan. dah kesimpulannya, semua basah kuyup masuk dalam kereta. kereta baru yang ini is better kot. bonet sedikit besar dan yang paling penting kerusi belakang yang jauh lagi selesa. syukur alhamdullilah. kesusahan yang dilalui hampir empat jam akhirnya berakhir juga. basah pun basahlah, janji semuanya selamat.
destinasi seterusnya adalah Oklahoma City, Oklahoma. lewat 4 jam tidak menghalang kami untuk singgah ke tempat yang memang sudah dirancang. saja nak jalan-jalan di bandar ini. tapi sebelum untuk singgah dahulu di Hertz berdekatan sebab mahu tambah nama pemandu. iyerlah, dah travel jauh-jauh, mestilah kena ada second driver kan. selepas itu, pusing-pusinglah kat mana-mana nak pusing. tapi sebenarnya time ini masing-masing dah penat setelah apa yang telah dilalui hari ini. penat main hujan, penat nak tunggu bantuan tiba, penat nak cari tempat solat dan macam-macam lagi.
Oklahoma City, Oklahoma
jam lebih kurang 8 malam, siap sedia ke The Colony, Texas. akan bermalam di situ, di rumah Aunty Linda iaitu kawan kepada mak cik Irfan. ikutkan dah janji dengannya untuk tiba pada pukul 8 atau 9 malam. tetapi dengan apa yang berlaku pada hari ini terpaksalah datang lambat sedikit. dan buat pertama kalinya, drive di lebuh raya US. tak adalah teruk sangat. cuma sedikit cuak dan ada juga buat break kecemasan 2 3 kali sampaikan orang lain terjaga dari tidur. I am sorry. tak cukup dengan itu, time aku drive jugalah ada rusa yang lintas jalan. nasib baik tak dilanggar. kalau tak, tahu macam mana. rumah Aunty Linda tak susah pun nak cari. syukur kerana Allah mudahkan segalanya. penat seharian, semestinya perut akan rasa lapar. syukur juga kerana ada rezeki malam itu. Aunty Linda sudah sediakan makan malam untuk kami berlima. macam tahu-tahu jer kami kelaparan. makanlah kami dengan muka gembira. bila perut dah penuh, hati dah gembira, apalagi, masuklah tidur sebelum teruskan aktiviti untuk keesokan hari.
bersambung.....




Auckland Time
Ipoh Time
Bangalore Time
Prague Time
Newcastle Upon Tyne Time
Iowa City Time
0 comments:
Post a Comment